Memancing sebagai hobi/pengisi masa/aktiviti keluargaModerator: Moderators
3 posts • Page 1 of 1
Memancing sebagai hobi/pengisi masa/aktiviti keluargaAssalamu'alaikum wrwb Ustaz.
Semoga Ustaz dan kawan-kawan Rantauan dalam keadaan sihat wal'afiat. Kebelakangan ini, banyak kolam memancing yang dibuka kepada orang ramai di Singapura yang gemar memancing. Saya dan keluarga tidak ketinggalan turut serta dalam "trend" memancing sebagai salah satu kegiatan keluarga. Bolehkah Ustaz berikan pandangan tentang kegiatan memancing dari sudut agama Islam? Adakah ia serupa dengan kegiatan memburu yang dilakukan sebagai hobi? Adakah memancing untuk 'suka-suka' sahaja dibenarkan atau ianya tidak dibenarkan kerana ia satu penyiksaan bagi ikan-ikan ini? Saya harap Ustaz tidak keberatan menjawab kemusykilan ini. Terima kasih, Ustaz. Wassalam.
Re: Memancing sebagai hobi/pengisi masa/aktiviti keluargasalam
hukum memancing sebagai satu sumber pencarian seperti para nelayan adalah dibenarkan di sisi agama. hukumnya sebagai satu hobi atau sukan hanyalah harus sahaja. tapi jika dilakukan sebagai satu aktiviti untuk membina hubungan keluarga ia adalah sesuatu yang dipuji. allah memang mencipta ikan utk dinikmati oleh manusia, hakikat ini telah dinyatakan dalam al-quran (an-nahl:14) dan memancing memang satu kaedah yg sudah diterimapakai bagi menangkap ikan untuk dinikmati. hanya satu sahaja masalah, jauhilah aktiviti memancing yang menggunakan mata kail yang apabila ikan ditangkap, ia dilepaskan semula untuk dipancing lagi kerana ia seperti menyiksa binatang itu. kalau ditangkap, lalu dilepaskan untuk bebas ke laut atau sungai, tidak mengapa. kalau tak mahu makan ikan itu kerana tak sampai hati, berikanlah kepada jiran atau sesiapa sebagai sedekah = insyaallah dapat pahala. kalau memancing, tapi tak mahu makan ikan dan tak mahu beri pada sesiapa, hanya utk suka2 sahaja, baiklah cari hobi lain selain itu janganlah kegiatan memancing sehingga melalaikan akan kewajiban dan menjadi kemaruk (obsession), sehingga lebih banyak masa dan wang yang dibelanjakan untuk hobi ini dari sesuatu yang lebih utama bagi keluarga. lihat jawaban seumpama di http://www.eramuslim.com/ustadz-menjawa ... g-ikan.htm http://www.ustsarwat.com/search.php?id=1139206938 http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=190775.html hukum membeli tiket untuk memancing http://www.harianbangsa.com/index.php?o ... &Itemid=60 salam haniff
Re: Memancing sebagai hobi/pengisi masa/aktiviti keluargaSalaam Ustaz.
Terima kasih atas jawapan dan nasihat yang diberi. Semoga dapat dimanfaatkan juga oleh kekawan Rantauan.com yang lain. Wassalam.
3 posts • Page 1 of 1
Who is onlineUsers browsing this forum: No registered users and 0 guests |
Who is online
In total there are 0 users online :: 0 registered, 0 hidden and 0 guests (based on users active over the past 5 minutes)
Most users ever online was 35 on Wed Jun 27, 2007 9:53 pm
Users browsing this forum: No registered users and 0 guests

